Intai isteri jiran mandi, lelaki ditahan polis

Intai isteri jiran mandi, lelaki ditahan polis

Suspek dikatakan berdiri di atas bangku untuk mengintai mangsa dari bahagian belakang bilik mandi.

Lelaki ituSuspek yang belum berkahwin direman hingga 6 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mengintai isteri jirannya mandi di sebuah rumah di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan polis di kawasan kampung itu selepas menerima laporan daripada suami mangsa.

Difahamkan, suspek dikatakan berdiri di atas bangku untuk mengintai mangsa dari bahagian belakang bilik mandi rumah.

Bagaimanapun, kegiatan suspek dirakam oleh seorang anak jiran wanita itu, yang kemudian memberitahu kepada mangsa.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek yang belum berkahwin direman hingga 6 April untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku beberapa kali mengintai mangsa mandi.

“Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut termasuk ujian saringan air kencing,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.