
“Di Johor ni memang kita larang jual beli vape, tapi saya tahu ada agensi yang buka, walaupun dalam syarat lesen tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik (vape).
“Sebenarnya pada 1 Jan 2016, dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan dah putuskan tidak dibenarkan menjual vape dan keputusan kerajaan negeri itu masih kekal sehingga hari ini.
“Sebab itu dalam syarat lesen, tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik dan di peringkat pihak berkuasa tempatan boleh batalkan lesen (perniagaan),” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau mengulas keputusan kerajaan persekutuan mengenakan cukai ke atas produk cecair dan gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk e-rokok pada kadar 40 sen setiap mililiter.
Jafni berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima aduan berhubung penjualan vape di Johor.
“…mungkin dia orang tak tahu benda tu (jual vape) salah sebab kelulusan itu pada 2016.
“Kita juga tunggu arahan di peringkat kerajaan persekutuanlah, kita pun tak dapat hitam putih pengharaman vape ni. Namun, kita masih guna dasar, keputusan yang sama pada 2016.”