
Tetapi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini hanya akan berlaku selepas Digital Nasional Bhd (DNB) mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk.
Putrajaya bersetuju meneruskan rangkaian borong tunggal melalui DNB sehingga itu. Ketika ini, DNB mencapai 57.78% liputan di kawasan berpenduduk.
Fahmi menjangkakan pelancaran Fasa 2 rangkaian 5G bermula awal 2024.
Ditanya manfaat model dwirangkaian, Fahmi berkata, ia mampu mengelakkan “titik kegagalan tunggal” dan meningkatkan kapasiti rangkaian melebihi unjuran melalui rangkaian tunggal.
Katanya, model dwirangkaian tidak mempunyai kesan yang akan menjejaskan atau mengurangkan kelajuan rangkaian.
“Jika ada, kehadiran rangkaian lain turut akan memastikan saling kebolehoperasian, sekiranya satu (rangkaian) terjejas atas apa saja sebab, kita boleh kembali kepada satu lagi rangkaian.”
Beliau turut mengesahkan penyedia kedua perkhidmatan 5G akan ditentukan melalui proses tender terbuka.
“Peralatan, kakitangan dan struktur korporat yang mereka pilih – kerajaan tidak akan terbabit dalam pertimbangan komersial itu.”