
Sehubungan dengan itu, TM menggunakan hak kontrak di bawah Perjanjian Akses 5G sedia ada untuk menamatkan perjanjian sewaan borong 5G semasanya dengan Digital Nasional Bhd (DNB), selaras terma perjanjian dan tertakluk kepada proses kawal selia.
“Perkhidmatan mudah alih merupakan tonggak penting dalam usaha penggabungan TM, yang membolehkan perkhidmatan tetap, mudah alih, kandungan dan pintar bersepadu merentasi segmen pengguna, PKS dan perusahaan,” menurut pemakluman TM kepada Bursa Malaysia hari ini.
Peralihan perkhidmatan 5G akan dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara lancar bagi memastikan tiada gangguan terhadap pengalaman pelanggan.
TM turut menghargai peranan perintis DNB dalam mempercepat pelaksanaan 5G di seluruh negara dan menegaskan komitmennya terhadap kerjasama industri bagi memajukan ekosistem infrastruktur digital Malaysia.