
Timbalan perdana menteri berkata, pengesahan itu dibuat Abang Johari yang juga premier Sarawak, semasa beliau berkunjung ke kediamannya di Kuching, hari ini.
Beliau berkata, pengesahan kehadiran itu merupakan satu manifestasi bermakna kepadanya, kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku pengerusi kerajaan perpaduan dan Pakatan Harapan juga akan hadir ke perhimpunan itu, selain Presiden Warisan Shafie Apdal.
Zahid juga berharap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor, akan hadir ke perhimpunan itu kelak.
“19 presiden parti anggota kerajaan perpaduan akan hadir dan ini satu petanda baik dan penghargaan kepada Umno dan Barisan Nasional.
“Kita berusaha untuk memperkukuhkan kerajaan perpaduan ini, agar kerjasama dijalankan akan lebih berstruktur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking, Sungai Amang.
Katanya, kerjasama kukuh anggota kerajaan perpaduan itu penting, bagi kestabilan politik lebih-lebih lagi dalam menghadapi enam PRN bila-bila masa.
“Kita mengharapkan kemenangan akan memihak kepada komponen parti kerajaan perpaduan,” katanya.