6 negeri mengundi 12 Ogos, penamaan 29 Julai

6 negeri mengundi 12 Ogos, penamaan 29 Julai

Enam negeri di Semenanjung akan memilih pada 12 Ogos.

PRN di enam negeri pada bulan depan akan menelan kos RM420 juta.
PUTRAJAYA:
Pengundi di enam negeri Semenanjung akan memilih wakil masing-masing pada 12 Ogos ini, sementara pengundian awal pada 8 Ogos.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Ghani Salleh, mengumumkan hari penamaan bagi PRU15 peringkat negeri di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu pada 29 Julai.

Enam negeri itu, sama ada ditadbir Pakatan Harapan atau PAS, memilih tidak membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen pada PRU15 tahun lalu.

Ghani berkata, tempoh berkempen selama 14 hari bermula 29 Julai higgga 11 Ogos.

“Tarikh tutup (permohonan pengundian awal) bagi petugas pilihan raya, polis, tentera, petugas media pada 26 Julai, sementara rakyat Malaysia di luar negara dan agensi atau mana-mana organisasi masing-masing pada 8 Julai dan 11 Julai,” katanya pada sidang media khas sempena PRN enam negeri.

Beliau berkata, PRN enam negeri itu akan menelan kos RM420 juta, dengan 153,760 petugas dilantik mengendalikan proses pengundian di 3,450 pusat mengundi dan 17,425 saluran mengundi.

“PRN ini mengguna pakai daftar pemilih sehingga 21 Jun lalu, iaitu 9,773,571 pemilih terdiri daripada 9,674,456 pengundi biasa, 49,660 anggota tentera dan pasangan, 47,728 anggota polis dan pasangan serta 1,727 pengundi luar negara.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.