PRN: Amanah tanding sekitar 33 kerusi

PRN: Amanah tanding sekitar 33 kerusi

Selangor kerusi paling banyak ditandingi Amanah dengan sembilan DUN.

Salahuddin Ayub berkata sambutan rakyat terhadap Amanah semakin baik. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata Amanah akan bertanding sekitar 33 kerusi DUN pada PRN di enam negeri 12 Ogos depan.

Salahuddin Ayub berkata di Selangor Amanah akan mewakili gabungan parti kerajaan perpaduan di sembilan kerusi manakala tujuh di Kelantan manakala dua di Pulau Pinang.

“Terengganu mungkin tiga atau empat kerusi, tiga di Negeri Sembilan dan tujuh atau lapan di Kedah,” katanya pada sidang media selepas melawat Pasaraya Econsave Setapak Central.

Beliau mengulas jumlah kerusi PRN bakal ditandingi Amanah selepas selesai agihan di antara parti komponen kerajaan perpaduan membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Salahuddin turut melahirkan keyakinan mengekalkan kerusi sedia ada dan mempunyai peluang seimbang di negeri ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, Amanah dan PH juga tiada masalah bekerjasama dengan Umno di bawah kerajaan perpaduan sejak PRU15.

“Kami sudah biasa dengan PKR dan DAP. Kemudian Bersatu dan sekarang dengan Umno.

“Kita sudah biasa berkeluarga macam ini. Jadi tidak ada masalah (dengan) segala cabaran dan akan hadapi bersama sebagaimana kita mendirikan rumah tangga,” katanya yang turut menasihatkan semua parti mengelakkan memainkan isu 3R (kaum, agama dan raja).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.