
Selain Sanusi, Perikatan Nasional (PN) turut mempertaruhkan bekas kapten Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar di DUN Gurun, sementara pemain legenda bola sepak Kedah, Muhamad Radhi Mat Din akan bertanding di DUN Alor Mengkudu.
PN turut mempertaruhkan golongan profesional sebagai calon dengan bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah diletakkan di DUN Jitra.
Pengumuman calon itu dibuat, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari di Kompleks PAS Kedah.
PN turut mengugurkan empat exco Kedah antaranya Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Azman Nasrudin yang sebelum ini menang kerusi Parlimen Kubang Pasu dan Padang Serai.
Dua lagi bekas exco Kedah digugurkan ialah Mohd Firdaus Ahmad dan Dr Robert Ling Kui Ee.
Sementara itu, exco kekal tercalon, Dr Mohd Hayati Othman (Tokai), Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Wan Romani Wan Salim (Bukit Pinang) dan Najmi Ahmad (Kupang).