
Dalam catatan ringkas di Facebook, Nik Abduh mengakui sukar menahan diri daripada terbabit dalam politik.
“Saya berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut,” katanya.
Pada 31 Julai lalu Nik Abduh memutuskan untuk berehat daripada politik susulan tidak dinamakan sebagai calon PAS bagi PRN 12 Ogos ini.
“(Tempoh) ini paling sukar untuk saya dan bonda. Semoga PAS bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” kata anak bekas mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat itu.
Selain tidak dipertimbangkan menjadi calon pada PRN Kelantan, di mana bapanya menjadi menteri besar selama lebih dua dekad, Nik Abduh sebelum ini turut menolak pencalonan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada PRU15.
Bagaimanapun, Nik Abduh memaklumkan beliau menerima dengan hati terbuka apabila tidak tersenarai sebagai calon PAS untuk PRN.