
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung siasatan yang sedang berjalan, kata sumber.
Difahamkan, polis merakamkan keterangannya berikutan dua laporan berhubung catatan Facebook pada 27 Julai.
Mahathir dijangka mengadakan sidang media berhubung perkara itu petang ini.
Pada 27 Julai, Mahathir membuat dua catatan Facebook, dengan satunya menyatakan bahawa Malaysia harus diiktiraf terutamanya sebagai sebuah negara Melayu berbanding sebuah negara berbilang kaum.
Manakala catatan kedua pula, Mahathir mempersoalkan sama ada Malaysia telah dijajah oleh pendatang dan keturunan mereka.
Tidak diketahui mana satu catatan Facebook yang sedang disiasat.