
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, pihaknya masih belum menerima aduan mengenai kejadian serangan itu tetapi kakitangannya sudah menjalankan siasatan berdasarkan berita yang tersebar
“Buat masa ini kami belum menerima apa-apa aduan lagi daripada mangsa.
“Bagaimanapun, kita sudah meminta kakitangan menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menurut Harian Metro.
Terdahulu, media melaporkan seorang remaja berusia 18 tahun cedera selepas diserang seekor beruang ketika berada di kebun durian milik keluarganya di Kampung Lerek, Hulu Terengganu semalam.
Dalam kejadian itu mangsa Al Amin Ratna Shariman Alias, 18, mengalami kecederaan di kepala akibat dicakar haiwan berkenaan.
Remaja itu dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut dan dilaporkan hanya menerima beberapa jahitan di kepala.
TAG Beruang, serang, remaja, durian, Perhilitan, terengganu