
Adun Dusun Tua itu berkata Umno sedang tumpu pada PRK di Johor, yang akan ke peti undi pada 9 Sept.
“Belum, sekarang fokus PRK,” kata Johan kepada FMT.
Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk mengadakan perhimpunan agung khas membincangkan perkara itu, Johan berkata Presiden Zahid Hamidi akan turun ke seluruh bahagian Umno untuk memberikan penerangan.
“Presiden dah buat kenyataan nak turun ke bahagian-bahagian,” katanya.
PRN di enam negeri lalu menyaksikan Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) hanya menang di 19 daripada 108 kerusi DUN yang ditandingi.
Prestasi terbaik Umno adalah menang 14 DUN di Negeri Sembilan, berbanding dua kerusi di Pulau Pinang dan Selangor serta satu di Kelantan. Umno juga gagal memenangi sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu.
Susulan itu, seorang anggota MKT Isham Jalil menggesa perhimpunan agung khas diadakan untuk membincangkan hala tuju parti “di saat yang getir dan kritikal ini”.
Pada PRU15 tahun lalu, Umno hanya menang di 26 kerusi Parlimen.