DAP sudah jadi ‘pengikut setia’ Zahid, kata Syed Saddiq

DAP sudah jadi ‘pengikut setia’ Zahid, kata Syed Saddiq

Presiden Muda itu malah menghamburkan "hipokrit", "gila kuasa", dan "tiada prinsip" di media sosial.

Syed Saddiq menggelar DAP ‘pengikut setia’ Presiden Umno Zahid Hamidi selepas seorang pemimpin parti itu menyarankan beliau bersemuka dengan pimpinan kerajaan perpaduan.
PETALING JAYA:
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggelar DAP “lap-dog” (pengikut setia) Zahid Hamidi, selepas seorang pemimpin parti itu menyarankan beliau bersemuka dengan pimpinan kerajaan perpaduan berhubung mahkamah melepaskan presiden Umno itu tanpa membebaskannya.

Presiden Muda itu malah menghamburkan “hipokrit”, “gila kuasa”, dan “tiada prinsip” di media sosial.

“DAP sudah jadi ‘lap-dog’ kepada Zahid,” katanya di Twitter.

“Hipokrit. Gila kuasa. Tiada prinsip.”

Terdahulu, Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkata adalah lebih profesional sekiranya Syed Saddiq, selaku Ahli Parlimen menyokong kerajaan, berbincang dengan pucuk pimpinan berhubung perkembangan kes Zahid, selain membuat kenyataan kepada media.

Beliau juga berkata DAP tidak akan menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan susulan perkembangan kes Zahid.

Sebelum ini, Syed Saddiq memberi amaran bahawa Muda tidak akan teragak-agak menilai semula kedudukan parti itu dalam kerajaan, dengan partinya mengatakan perkembangan terkini kes itu “melanggar garis merah”.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.