Ancaman bom di Bank Negara palsu, kata polis

Ancaman bom di Bank Negara palsu, kata polis

Polis berkata ancaman bom itu diterima kakitangan BNM menerusi emel sekitar 3 petang.

Selepas membuat pemeriksaan polis mendapati ancaman bom di Bank Negara adalah palsu.
PETALING JAYA:
Ancaman bom diterima Bank Negara (BNM) adalah palsu, kata polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata ancaman bom itu diterima kakitangan BNM menerusi emel sekitar 3 petang.

Katanya, kakitangan itu kemudian membuat laporan polis dan sepasukan unit pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Selepas membuat pembersihan dan pemeriksaan, kita dapati ia adalah palsu serta tiada ancaman bom seperti dilaporkan,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata, pihaknya kini menyiasat individu bertanggungjawab menghantar emel itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.