Prolintas perluas penerokaan bakat tempatan

Prolintas perluas penerokaan bakat tempatan

Syarikat konsesi lebuh raya, Prolintas, menekankan usaha mencari dan meningkatkan kemahiran bakat tempatan dalam bidang STEM.

Ketua Komunikasi Korporat Prolintas Badri Ibrahim berkata usaha untuk memperkukuhkan bakat tempatan dalam bidang STEM adalah sejajar dengan visi syarikat untuk memajukan bidang kejuruteraan lebuh raya. (Gambar Prolintas)
PETALING JAYA:
Syarikat konsesi lebuh raya, Prolintas, bertekad untuk mencipta lebih banyak peluang untuk merekrut individu-individu yang berbakat.

Divisyen modal insan Prolintas telah melancarkan pelbagai inisiatif yang akan meningkatkan kemahiran bakat tempatan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

Ketua komunikasi korporat Prolintas, Badri Ibrahim berkata langkah itu seiring dengan wawasan syarikat yang mahu memajukan kejuruteraan lebuh raya bagi memenuhi permintaan masa depan.

“Jurutera dan pemaju tempatan telah banyak menyumbang kepada kejayaan projek-projek terbaharu kami, seperti Lebuh Raya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE),” katanya pada acara Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Pulau Pinang.

“Ini menunjukkan bahawa kita harus tekankan pencarian bakat-bakat baharu dalam kalangan orang tempatan,” tambahnya.

Badri berkata antara inisiatif yang telah dilancarkan oleh Prolintas ialah Protégé Programme and On-Job Training yang telah disertai oleh 201 peserta.

Kunjungi ruang pameran Prolintas di Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 dan terokai keunikan kejuruteraan lebuh raya. (Gambar Prolintas)

“Ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan syarikat ini dalam memperkasa bakat-bakat dalam bidang STEM. Setakat ini, sebanyak 97 program latihan khusus dalam bidang STEM sudah kami laksanakan,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 60% peserta memiliki latar belakang STEM dan 20% daripada mereka kini telah diserap masuk menjadi kakitangan Prolintas.

“Kami komited membina tenaga kerja dengan kemahiran STEM. Prolintas sekarang ini mempunyai kira-kira 750 kakitangan dalam pelbagai bidang,” tambahnya.

Mengulas perkembangan lain, Badri memaklumkan bahawa maklum balas orang ramai kepada DASH dan Suke amat bagus.

Katanya, pengguna yang menggunakan lebuh raya ekspres telah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, membolehkan mereka mengurangkan masa perjalanan dari satu jam kepada hanya 30 minit atau 40 minit.

“Kami juga telah memperkenalkan teknologi baharu dan inovasi yang mengutamakan keselamatan. Setiap lebuh raya dilengkapi CCTV, telefon kecemasan, sistem pengesan kenderaan dan kemalangan (VIDS), dan peronda untuk pengawasan 24 jam setiap hari,” katanya.

MSAM 2023 yang berlangsung selama sembilan hari diadakan di Setia Fontaines di Bertam, dan akan berakhir pada 8 Okt.

Pengunjung ruang pameran Prolintas akan berpeluang mengenali dan mempelajari ciri-ciri khas kejuruteraan lebuh raya.

Mereka juga boleh mencuba pelbagai aktiviti seperti simulasi pemanduan kereta, permainan lumba kereta, dan cabaran membina struktur lebuh raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.