
Susulan itu, beliau mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan segera menubuhkan pasukan petugas bagi menangani isu berkenaan.
“Saya yakin dengan kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, sungai-sungai di Johor pasti dapat dibersihkan, sekali gus merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang 2030,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.
Beliau turut meluahkan kekecewaan selepas meninjau beberapa sungai hari ini kerana dipenuhi longgokan sampah sarap, sisa buangan dan bau busuk akibat pencemaran bahan kimia.
Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Johor bersama menjalankan tanggungjawab sosial serta bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat.