Razali Idris dituduh menghasut

Razali Idris dituduh menghasut

Beliau juga pemimpin Perikatan Nasional kedua yang didakwa menghasut selepas Menteri Besar Kedah Sanusi Nor.

Razali Idris yang juga Adun Kijal didakwa berkata kerajaan mengawal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan hakim.
KUALA LUMPUR:
Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Exco Terengganu yang juga Adun Kijal itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 9.30 malam dan 11.30 malam pada 10 Nov di Padang Astaka di Chukai, Terengganu, semasa pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) untuk PRK Kemaman 2 Dis.

Razali, 57, didakwa berkata kerajaan mengawal SPRM dan hakim.

Beliau turut didengar mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah bekas Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Petikan ucapan Razali telah dikongsikan di TikTok oleh @wancin11.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan Razali, yang juga senator, diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut memerintahkan tertuduh tidak membuat kenyataan secara terbuka atau membuat hantaran di media mengenai kes terbabit sementara menunggu keputusan perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh mengendalikan pendakwaan manakala peguam Hasshahari Johari Mawi, Shahril Nizam Amin and Radzlan Jalaludin mewakili Razali.

Razali adalah pemimpin PN kedua yang didakwa menghasut selepas Menteri Kedah Kedah Sanusi Nor mengaku tidak bersalah pada Julai atas dua pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap institusi diraja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.