Polis mohon bantuan kesan budak hilang sejak Oktober

Polis mohon bantuan kesan budak hilang sejak Oktober

Laporan kehilangannya kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu diterima pada 24 Nov.

Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid dilaporkan hilang sejak 26 Okt. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR:
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun yang dilaporkan hilang, sejak 26 Okt lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kanak-kanak itu, Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, 46000 Petaling Jaya, pada 1.30 tengah hari.

Beliau berkata, polis menerima laporan kehilangannya pada 24 Nov.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek serta pakaian terakhir adalah baju-T dan seluar trek berwarna hitam semasa keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa itu berada supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03- 79662222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.