
Sebelum ini, Isham yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata beliau tidak terima sebarang surat daripada parti berhubung kedudukannya, di sebalik laporan mengatakan dia dipecat daripada Umno.
“Beliau akan terima surat…dalam waktu paling singkat,” kata Zahid kepada pemberita selepas majlis pelancaran MyNext di Stadium Bukit Jalil.
Sementara itu, Zahid bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Umno kini lemah.
Menurut Zahid, pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan Umno, namun keputusan yang diperoleh tidak seperti diharapkan.
Zahid turut menyifatkan kerja membaikpulih Umno “seperti tikus membaiki labu”.
“Maka apa yang sedang dilakukan oleh kepimpinan Umno, terutama majlis latihan dan perkaderan adalah untuk menyuntik latihan baru, bukan hanya menyerap semangat tapi rasa kerja sepasukan dalam kalangan kepimpinan dan ahli,” katanya.