Mangsa banjir di Pasir Mas terus turun, 4 PPS masih dibuka

Mangsa banjir di Pasir Mas terus turun, 4 PPS masih dibuka

Seramai 711 orang daripada 229 keluarga berlindung di empat PPS di jajahan Pasir Mas setakat 9 malam tadi berbanding 1,495 orang daripada 502 keluarga pagi tadi.

Hanya empat PPS masih beroperasi di jajahan Pasir Mas malam ini berbanding enam pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas terus berkurangan kepada 711 orang daripada 229 keluarga setakat 9 malam tadi berbanding 1,495 orang daripada 502 keluarga pagi tadi.

Bernama memetik portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga, manakala 70 mangsa daripada 21 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok.

SMK Baroh Pial pula menempatkan 167 mangsa daripada 55 keluarga dan SK Gual Periok mempunyai 136 mangsa daripada 41 keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.