
Katanya, Sukan Olimpik Paris 2024 hanya tinggal beberapa bulan dan sukan badminton membentuk blok majoriti atlet dalam program Road To Gold (RTG).
“Kita perlu fokus dan mengurangkan gangguan semasa tempoh persediaan penting ini,” katanya di laman X hari ini.
Beliau berkata, RTG ditubuhkan untuk bertahan dengan perubahan kepimpinan dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan mempunyai dua pengerusi bersama.
“Saya berharap pengerusi bersama saya, Norza akan mempertimbangkan semula keputusannya meletakkan jawatan sebagai presiden BAM berakhirnya tahun ini.”
Julai lalu, Norza yang juga presiden MOM mengumumkan untuk meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024, namun membuat kejutan bulan berikutnya dengan mengumumkan pengunduran pada hujung tahun ini.
Spekulasi pengisian jawatan tertinggi BAM akhirnya terjawab Oktober lalu selepas ahli majlis badan itu sebulat suara bersetuju menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz sebagai presiden baharu mereka.