Wajib pakai pelitup muka jika berurusan di kaunter imigresen di Kedah

Wajib pakai pelitup muka jika berurusan di kaunter imigresen di Kedah

Jabatan Imigresen Kedah dalam satu notis berkata arahan itu susulan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Pegawai di Jabatan Imigresen Kedah juga diwajibkan memakai pelitup muka di pejabat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan kepada individu yang ingin berurusan di mana-mana kaunter imigresen di Kedah sebagai langkah pencegahan ekoran kes Covid-19 yang tinggi.

“Kepada semua pelanggan yang ingin berurusan di kaunter atau pejabat Imigresen sila pakai pelitup muka untuk mengelak kes Covid-19 yang semakin meningkat,” kata Jabatan Imigresen Kedah dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah kenyataan itu, pemakaian pelitup muka juga diwajibkan untuk semua pegawai.

Menurut laporan itu, arahan tersebut berkuatkuasa pada 14 Dis lalu.

Jumlah kes Covid-19 meningkat 62.2% iaitu 20,696 antara 10 hingga 16 Dis lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media semalam berkata keadaan masih terkawal dan tidak perlu melaksanakan perintah kawalan pergerakan seperti sebelum ini.

“Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka amat digalakkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan, berkata pengambilan vaksin penggalak boleh dibuat secara temu janji dan “walk in” buat masa ini.

“Kita beri kemudahan dapatkan vaksin penggalak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.