
Presiden Soh Thian Lai menggesa kerajaan perkenalkan sistem untuk menyiasat kes-kes sedemikian terlebih dahulu, dan tidak secara automatik mendenda majikan.
“Tidak adil sekiranya pihak berkuasa segera menyalahkan majikan tanpa siasatan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.
“Ada kemungkinan ejen tidak bertanggungjawab yang membawa masuk pekerja dengan janji-janji kosong, sambil melakukan penipuan dengan memalsukan dokumen.”
Johari dalam cadangannya berkata kompaun tinggi boleh digunakan semula untuk menanggung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, berbanding sebelum ini yang dibiayai kerajaan.
Soh berkata terdapat keperluan untuk perbaiki kekurangan dalam proses pengambilan pekerja dan bertindak segera terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Beliau menambah FMM pernah menggesa kerajaan mewujudkan sistem awal-hingga-akhir tunggal dan dalam talian untuk mengurus pekerja asing dengan lebih baik secara telus dan adil.
“Kementerian atau agensi lain tak perlu terlibat dalam proses kelayakan majikan dalam proses pengambilan itu, hanya Kementerian Sumber Manusia,” katanya.
“Kerajaan patut teruskan permohonan pekerja asing dan proses permohonan untuk memenuhi keperluan yang didorong oleh pasaran.”
Beliau menambah industri itu masih perlukan pekerja asing untuk operasi tertentu, sambil mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing secara beransur-ansur.