BNM tidak promosi skim pelaburan

BNM tidak promosi skim pelaburan

BNM meminta orang ramai berwaspada terhadap penyebaran video dan hantaran di media sosial yang menyalahgunakan namanya.

Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia jika ragu-ragu dengan promosi skim pelaburan yang menggunakan namanya.
KUALA LUMPUR:
Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.

Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) , BNM berkata tindakan akan diambil terhadap pelaku.

“Sentiasa ingat, BNM tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui http://bnmlink.bnm.gov.my,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.