
Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli berkata mayat lelaki itu dikesan anjing pengesan bomba berhampiran sektor C iaitu lokasi penemuan mayat pertama ditemui semalam.
“Mayat sedang dikeluarkan dari kawasan runtuhan dan pegawai forensik D10 Bukit Aman tiba untuk mengenal pasti mayat,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Bomba di lokasi bencana itu.
Beliau turut berkata dua mayat yang ditemukan semalam dikenal pasti sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48.
Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas rumah dihuni mereka terlibat dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi semalam.
Semua mangsa warganegara Myanmar itu merupakan pekerja di ladang sayur di situ.