
Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abd Latiff berkata sepasukan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar berjaya mengesan dan mengekori sebuah treler bernombor pendaftaran tempatan, selepas menerima maklumat orang awam.
“Treler berkenaan memasuki negara dari Thailand melalui pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung pada 6 Feb dan mengikrar tidak bermuatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, anggota penguat kuasa menahan kenderaan itu di tepi jalan Pokok Sena, manakala pemandunya sempat melarikan diri.
“Sejumlah 840 guni berisi beras hancur seberat 42,000kg ditemui. Anggaran nilai rampasan berjumlah RM105,000,” katanya sambil menambah beras hancur itu dipercayai untuk dicampur beras tempatan atau beras import bagi mengaut keuntungan lebih.