
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata wanita itu dikenali sebagai Marites, berusia 40 tahun manakala identiti dan jantina kanak-kanak terbabit belum dikenal pasti.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa ditemukan rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah pertama yang terbakar 100%.
“Mayat diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata terdahulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 4.05 pagi dan 16 anggota daripada Balai Bomba Bintulu digegaskan ke lokasi.
Kejadian, katanya turut menjejaskan 10 penghuni lain, namun punca dan anggaran kerugian sedang disiasat.