
PETALING JAYA: Dahlan Maamor, bekas setiausaha politik kepada Loke Siew Fook menyertai Bersatu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, di Facebook, bersama gambarnya menerima borang keahlian daripada Dahlan.
“Dahlan menghubungi saya minggu lalu menyatakan minat untuk menyertai parti ini kerana tertarik dengan perjuangan Bersatu.
“Mengenali Dahlan, beliau merupakan bekas pengamal media yang kritikal dan jujur dalam memberi sesuatu pandangan atau kritikan,” katanya.
Dahlan pegawai Loke dari 2018 hingga 2020. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Bernama TV dan TV3 sebagai pengacara dan pembaca berita.
Loke merupakan setiausaha agung DAP sejak 2022.