
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat presiden terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.
Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi ini, yang merupakan sebahagian rangka lawatan khas seharinya ke Malaysia.
Ini lawatan sulungnya ke Malaysia selepas diumumkan pemenang rasmi pemilihan presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.
Pesawat khas membawa Prabowo bersama delegasinya selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.15 malam tadi.
Beliau dijadualkan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan, Khaled Nordin di Kuala Lumpur hari ini.