Air berbau minyak, LRA Sg Linggi henti operasi

Air berbau minyak, LRA Sg Linggi henti operasi

Syarikat Air Negeri Sembilan berkata ia menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Port Dickson mengalami gangguan bekalan air.

Syarikat Air Negeri Sembilan berkata pihaknya mengesan bau minyak yang tinggi di Sungai Linggi menyebabkan pengeluaran pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan mengalami gangguan bekalan air selepas operasi loji rawatan air (LRA) Sungai Linggi terpaksa dihentikan susulan bau minyak yang dikesan di loji terbabit.

Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya mengesan bau minyak yang tinggi (19 ton) di Sungai Linggi menyebabkan pengeluaran pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Kawasan terbabit gangguan adalah sebahagian Batu 6 dan Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson sehingga Lukut.

“Turut terbabit gangguan, dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A,” katanya.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan tempoh gangguan itu akan berlaku.

“Kita bersedia menggerakkan penghantaran air melalui lori tangki dan penempatan tangki statik di tempat yang terbabit dengan gangguan.

“Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan dan menggunakan air secara berhemah dalam tempoh masa gangguan. Sebarang maklumat dan bantuan sila hubungi 1-300-88-6982,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.