
Katanya, beliau memberitahu Faisal yang juga pemain Harimau Malaya dan Selangor FC berehat dalam tempoh beberapa bulan mendatang.
“Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang cedera.
“Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang untuk dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya,” katanya kepada Berita Harian selepas melawat Faisal di hospital.
Dalam pada itu, Hamidin juga menyeru kepada semua pemain bola sepak Malaysia sentiasa menjaga diri agar perkara buruk itu tidak berulang.
Insiden malang menimpa Faisal adalah kedua melibatkan pemain Harimau Malaya, dengan pada Khamis lalu pemain sayap negara yang juga pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid, menjadi mangsa samun.
Akhyar dilapor cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun.
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Najwan Halimi mengesahkan Faisal mengalami kelecuran tahap dua.
Bernama melaporkan, penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang kini dirawat di sebuah hospital dekat Shah Alam lecur pada beberapa bahagian tubuh iaitu pada sekitar leher, bahu, lengan, dan dada.