
Bagaimanapun, pemandu dan penumpangnya selamat dalam kejadian itu yang difahamkan berlaku ketika mereka dari Kupang, Kedah ke Ipoh untuk menghadiri majlis keagamaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.28, memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Meru Raya dan Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah kereta sedan.
“Ada 42 orang mangsa kesemuanya, 41 dari bas dan seorang dari kereta, semuanya telah keluar dengan selamat,” katanya menurut Astro Awani.
Menurut laporan itu, semua mereka dari bas tersebut dalam perjalanan dari Kupang, Kedah ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan.
Beliau berkata, semua mangsa kemudiannya dibawa ke hospital di Ipoh dengan menggunakan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan bantuan ambulans pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).