Bilik asrama terbakar awal pagi, 10 pelajar sempat keluar

Bilik asrama terbakar awal pagi, 10 pelajar sempat keluar

Kejadian pada 3 pagi itu mengakibatkan bilik asrama musnah 70%.

Keadaan bilik asrama yang musnah 70% dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, sempat menyelamatkan diri selepas asrama didiami terbakar, dalam kejadian pada 3 pagi tadi.

Asrama berkenaan menempatkan pelajar lelaki itu musnah 70%.

Ketua Balai Bomba Kuala Berang Zulhisham Mohamad Yusof, berkata kebakaran berkenaan melibatkan sebuah bilik asrama dengan pihaknya menggerakkan 15 kekuatan dari Balai Bomba Wakaf Tapai dan Kuala Berang.

Katanya, semua mangsa sempat menyelamatkan diri daripada bilik berkeluasan 20×20 kaki.

“Kebakaran itu telah menyebabkan sebuah bilik asrama musnah terbakar sehingga 70% dan seramai 10 pelajar berjaya keluar daripada bangunan asrama dalam keadaan selamat.

“Pasukan bomba telah bertindak menjalankan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada pam jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Operasi pemadaman tamat pada 5.46 pagi,” katanya kepada astro Awani.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.