
PETALING JAYA: Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail akan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur mulai esok.
Setiausaha kerajaan negeri Zulkifli Yaacob dalam satu kenyataan ringkas berkata Wan Rosdy akan menerima rawatan sehingga satu tarikh akan ditentukan doktor.
“Saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Bagaimana tiada sebarang maklumat lanjut mengenai proses rawatan akan dilalui Adun Jelai itu yang juga naib presiden Umno.