Peguam antara 5 direman kes rasuah urusan pinjaman bank

Peguam antara 5 direman kes rasuah urusan pinjaman bank

Reman tiga hari bermula hari ini itu bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka berjumlah lebih RM300,000.

macc
Menurut Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie, kelima-lima individu tersebut ditahan petang petang semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan.
MELAKA:
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka berjumlah lebih RM300,000 sejak 2018 hingga 2022.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 37 dan 53 tahun berkenaan.

Mereka terdiri daripada peguam, pengurus firma guaman, pegawai dan bekas pegawai bank di Melaka dan Petaling Jaya, Selangor.

Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie dalam kenyataan, berkata kelima-lima individu tersebut ditahan antara 2 hingga 4 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan.

Beliau berkata semua mereka disyaki menerima suapan untuk membolehkan firma-firma guaman tersebut menerima pelanggan bagi urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan.

Katanya, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.