Ironi jika BN, PN lebih progresif dalam isu DLP, kata Guan Eng

Ironi jika BN, PN lebih progresif dalam isu DLP, kata Guan Eng

Pengerusi DAP berkata pendemokrasian pendidikan menjadi satu pembaharuan penting dalam sistem pendidikan yang progresif dan terbuka.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata pemimpin rentas parti menyokong dikembalikan pelaksanaan DLP seperti dilakukan pentadbiran sebelum ini.
PETALING JAYA:
Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengulangi gesaan supaya Putrajaya menerima pakai amalan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam pelaksanaan program dwibahasa (DLP).

Lim berkata, beliau membuat saranan sama kepada kerajaan supaya meneruskan amalan sebagai menghormati ibu bapa memilih DLP dalam bahasa Inggeris tanpa sebarang syarat, campur tangan dan sekatan.

Katanya, menghormati dan mengutamakan pilihan berkenaan akan membantu pendemokrasian pendidikan untuk memenuhi kehendak ibu bapa demi kepentingan terbaik pelajar.

“Pendemokrasian pendidikan adalah satu pembaharuan penting dalam sistem pendidikan yang progresif dan terbuka.

“Ironi sekali jika kerajaan PN/BN sebelum ini pula dilihat lebih progresif atau reformis dengan menghormati pilihan ibu bapa,” katanya.

Semalam, Lim berkata sebilangan besar ibu bapa pelajar Melayu juga mahu hak diberikan untuk mereka memilih sama ada mahu anak diajar dalam bahasa Melayu atau Inggeris dalam sains dan matematik, tanpa syarat Kementerian Pendidikan satu kelas diperuntuk untuk bahasa Melayu.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Buletin TV3, yang kemudian dipadamkan, di mana Lim katanya memberi gambaran beberapa sekolah di Pulau Pinang menentang bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Bekas menteri kewangan itu berkata pemimpin rentas parti menyokong dikembalikan pelaksanaan DLP seperti dilakukan pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.