
Pasukan kebangsaan bawah kendalian Kim Pan Gon memperoleh tambahan 13.04 mata untuk mengumpul keseluruhan 1,107.58 mata, sekali gus meningkat daripada posisi ke-138 dunia yang dihuni sejak 4 April lepas.
Peningkatan terkini itu susulan pencapaian Malaysia dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, dengan masing-masing seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dan mengatasi Taiwan 3-1, awal bulan ini.
Sementara itu, Thailand melangkah ke dalam kelompok 100 terbaik dunia selepas beralih satu langkah daripada kedudukan ke-101, diikuti Vietnam yang turun satu anak tangga kepada 118 manakala Indonesia kekal di tempat ke-134 untuk berada dalam kalangan tiga pasukan terbaik Asia Tenggara.
Juara Piala Dunia 2022, Argentina, Perancis dan Belgium mengekalkan kedudukan tiga teratas manakala Brazil memintas England untuk tempat keempat.