
Sumber berkata lelaki berusia 40-an itu dipercayai menerima rasuah lebih RM146,000 daripada satu syarikat, sebagai dorongan mendapatkan kerja-kerja bagi projek lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion, di di Lembah Klang.
“Suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat sebagai balasan bagi mendapat kontrak kerja membabitkan pembinaan sebuah lebuh raya,” katanya.
Dia ditahan di ibu pejabat SPRM semalam, sekitar 10 malam. Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan perintah reman sehingga 1 Julai, hari ini.
Sementara itu, reman empat individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat konsesi lebuh raya disambung selama tiga hari, bermula esok hingga Selasa.
“Semua suspek dipercayai telah meminta dan menerima rasuah daripada syarikat-syarikat yang mengambil alih kerja-kerja di dua projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan kira-kira RM670 juta,” menurut sumber.
Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahanan reman ketua penolong pengarah badan berkanun itu, dan penyambungan reman empat suspek berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.