
Sementara itu, Ahli Dewan Negara R Nelson, sebelum ini ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), muncul sebagai muka baharu menyandang jawatan naib presiden, menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC M Selva, lapor Bernama.
Bagi CWC, daripada 44 calon yang menawarkan diri bertanding, 21 daripadanya dipilih oleh perwakilan untuk tempoh sama.
Antara yang terpilih termasuk S Tamilvanan, D Vincent; D Andrew; P Kamalanathan; S Marathamuthu; M Karuppanan; T Novalan; G Raman dan S Ananthan
Proses pengundian jawatan tertinggi MIC berlangsung di ibu pejabat MIC pusat dan semua negeri bermula 1 petang semalam dengan proses penamaan dilaksanakan bulan lepas.
Sebelum ini, SA Vigneswaran dan bekas menteri sumber manusia M Saravanan masing-masing mempertahankan jawatan sebagai presiden dan timbalan presiden MIC selepas menang tanpa bertanding.
Bagi jawatan sayap MIC, S Shatesh Kumar dan K Amarveen Malairaja masing-masing dipilih menerajui Putera MIC sebagai ketua dan timbalan ketua bagi penggal 2024-2027.
Adun Kemelah N Saraswati pula menang tanpa bertanding jawatan ketua Wanita dan Dr P Thanaletchumy sebagai timbalan ketua Wanita.