Dakwaan lobi naik pangkat tular, bomba akan siasat

Dakwaan lobi naik pangkat tular, bomba akan siasat

Bomba pandang serius dakwaan rasuah dan melobi kenaikan pangkat yang tular di media sosial.

NOR HISHAM
Ketua Pengarah Nor Hisham Mohammad berkata setiap aduan walaupun bersifat surat layang akan disusuli siasatan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memandang serius dakwaan rasuah dan melobi kenaikan pangkat membabitkan anggotanya seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Pengarah Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

“Kita memandang serius dakwaan seperti ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Terdahulu tular di Telegram gambar dua pegawai sebuah pasukan penyelamat yang didakwa sedang melobi kenaikan pangkat dan disyaki terbabit dengan aktiviti rasuah.

Hisham berkata pegawai terbabit akan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Beliau menjelaskan pegawai dan anggota yang tidak berpuas hati dengan sebarang perkara boleh menyalurkan maklumat sama ada menerusi majlis bersama jabatan, aduan dalam talian atau surat.

“Setiap aduan walaupun bersifat surat layang, jabatan tetap ambil langkah siasat dan tindakan susulan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.