
Menerusi saingan separuh akhir hari ini, penerjun berusia 25 tahun itu berjaya mengumpul 286.95 mata untuk berada di kedudukan kelapan terbaik daripada 18 peserta, lapor Berita Harian.
Dia meraih 67.50 mata di terjunan pertama sebelum melakukan 55.50 mata di terjunan kedua dan 46.50 mata di terjunan ketiga.
Dhabitah kemudiannya mendapat57 mata pada terjunan keempat sebelum terjunan terakhirnya membawa 60.45 mata bagi menghasilkan jumlah keseluruhan 286.95 mata.
Peserta lain dalam kelompok 12 terbaik itu ialah penerjun Itali, Chiara Pellacani; Yani Chang (China); Alejandra Estudillo Torres (Mexico); Maddison Keeney (Australia); Julia Vincent (Afrika Selatan); Yiwen Chen (China); Grace Reid (Great Britain) dan Saskia Oettinghaus (Jerman); Valeria Antolino (Sepanyol).
Atlet Sweden, Emilia Nilsson Garip turut berada dalam senarai ke pusingan akhir esok bersama Yasmin Harper (Great Britain).
Dhabitah melangkah ke separuh akhir semalam selepas menduduki tangga ke-12 daripada 28 peserta dalam acara kelayakan dengan mengumpul 283.65 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Saint-Denis.