Doktor, pensyarah kesunyian mudah diperangkap ‘love scam’

Doktor, pensyarah kesunyian mudah diperangkap ‘love scam’

Polis berkata wanita profesional berusia lebih 40 tahun jadi sasaran kerana kewangan kukuh untuk ditipu.

hacker scammer
Pegawai Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Mohamad Mahathir Abdullah Sapawi, berkata 13,597 laporan jenayah siber dengan jumlah kerugian sekitar RM110 juta direkodkan sepanjang tahun lalu.
PETALING JAYA:
Kesunyian lalu melayan individu tidak dikenali dikenal pasti antara punca utama ramai wanita berusia lebih 40 tahun mudah terjerat ‘love scam’.

Mohamad Mahathir Abdullah Sapawi dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, berkata kebanyakan wanita bekerja dalam bidang profesional seperti doktor dan pensyarah menjadi sasaran penipuan kerana mempunyai kedudukan kewangan kukuh.

“Kebiasaannya scammer ini sudah ada modus operandi iaitu menyasarkan wanita yang memiliki banyak sumber kewangan.

“Mangsa akan berkenalan dengan suspek menerusi media sosial dan suspek menyamar sebagai juruterbang, ahli perniagaan, tentera, atau jurutera dalam bidang minyak dan gas,” katanya menurut Bernama selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kesedaran Jenayah Komersial, Selamatkan Wanita Dari Love Scam’ di Ipoh.

Mahathir berkata, suspek akan menggunakan kata-kata manis hingga mangsa jatuh cinta hanya dalam tempoh antara satu hingga tiga bulan sahaja.

“Suspek melakukan tipu daya dengan memberi alasan seperti mahu memberi hadiah, pelaburan perniagaan, wasiat termasuk pembayaran bil hospital,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 13,597 laporan membabitkan jenayah siber dengan jumlah kerugian kira-kira RM110 juta direkodkan di Perak sepanjang tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.