Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Amaran meliputi Hulu Selangor, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda negeri di utara Semenanjung. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri hingga 4 petang ini.

Dalam kenyataan MetMalaysia memaklumkan amaran itu meliputi Hulu Selangor, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Raub dan Bentong).

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.