
Anak lelakinya Fadhlan Roslan, 44, berkata Allahyarham Roslan, 73, meninggal dunia pada 2.51 pagi tadi di sisi beberapa ahli keluarga.
Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman mereka di Batu Buruk, di sini untuk disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim selepas Zohor.
“Arwah juga menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dan menjalani rawatan kimoterapi di HSNZ,” katanya ketika dihubungi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.
Roslan merupakan Adun Ladang selama satu penggal dari 1995 hingga 1999 dan dilantik ahli Dewan Negara bermula 2004 hingga 2010.
Allahyarham pernah menjadi ketua Umno Kuala Terengganu dan presiden Persatuan Kontraktor Melayu Terengganu.