Disyaki ‘payung’ sindiket diesel, pembantu penguat kuasa direman

Disyaki ‘payung’ sindiket diesel, pembantu penguat kuasa direman

Lelaki berusia 40-an bertugas di sebuah agensi penguatkuasaan di Kuching direman enam hari hingga 2 Sept.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi. (Gambar SPRM)
PETALING JAYA:
Seorang pembantu penguat kuasa direman selepas disyaki menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan diesel di Sibu.

Lelaki berusia 40-an bertugas di sebuah agensi penguatkuasaan di Kuching itu direman enam hari hingga 2 Sept.

Sumber berkata, suspek ditahan di pejabat SPRM Sarawak sekitar 3.25 petang semalam ketika hadir untuk dirakam keterangan.

“Tangkapan terhadap pembantu penguat kuasa ini adalah susulan Op Liter dijalankan Bahagian Operasi Khas SPRM di sebuah depoh penyimpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu, Ahad lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah berkenaan daripada sindiket terbabit bagi melindungi kegiatan penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada tindakan susulan serta tangkapan lain dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.