
Chong Chee Wei, seorang penduduk tetap Singapura, mengaku bersalah atas lima tuduhan rasuah yang melibatkan SGD142,000 (RM488,480), dengan 15 pertuduhan tambahan turut dipertimbangkan semasa hukumannya.
Kesalahan itu dilakukan antara 2014 hingga 2015, menurut laporan The Straits Times.
Chee Wei, 48, yang memiliki Katana Engineering, sebuah syarikat penyelenggaraan dan pengubahsuaian, mengaku memberi suapan kepada Barry Chong, yang ketika itu merupakan pengarah pengurusan kemudahan di Wildlife Reserves Singapore (WRS), dengan lebih SGD235,000 (RM808,400) untuk mendapatkan kontrak bagi syarikatnya.
WRS kini dikenali sebagai Mandai Wildlife Group.
Suapan itu adalah sebahagian daripada perjanjian rasuah lebih besar yang bermula pada 2005 antara Barry dan kakitangan utama di Shin Yong Construction (SYC), termasuk Too Say Kiong, yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dua bulan pada Okt 2023.
Skim tersebut terbongkar pada Okt 2016 selepas siasatan oleh Biro Penyiasatan Amalan Rasuah.
Perjanjian itu menyebabkan kerugian kewangan melebihi SGD235,000 kepada WRS akibat invois yang dinaikkan.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak SGD50,000 (RM172,000) untuk Chee Wei, yang dijangka mula menjalani hukuman penjaranya pada 27 Sept ini.