Didakwa ‘ganggu motosikal’, 2 anggota rondaan diambil keterangan

Didakwa ‘ganggu motosikal’, 2 anggota rondaan diambil keterangan

Tular satu rakaman CCTV menunjukkan anggota URB memeriksa sebuah motosikal di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Subang Perdana, baru-baru ini.

Mohd Hafiz Muhammad
Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan kejadian tular di Subang Perdana itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis sudah merakam keterangan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang didakwa ‘mengganggu’ sebuah motosikal di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Subang Perdana, baru-baru ini.

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas polis mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular, pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun katanya, polis setakat ini masih belum menerima laporan daripada pemilik motosikal terbabit.

“Polis belum menerima pengaduan (laporan) daripada pemilik motosikal,” katanya hari ini, menurut Berita Harian.

Justeru, beliau meminta pemilik terbabit untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi tiga minit 18 saat menunjukkan anggota URB memeriksa sebuah motosikal di stesen minyak itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.