Tak dapat tampung berat punca jambatan kabel runtuh, kata exco

Tak dapat tampung berat punca jambatan kabel runtuh, kata exco

Exco Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata kejadian berlaku di jambatan kabel nombor satu di kawasan Motorola, sebahagian projek menghala ke Intel.

jambatan kabel
Keadaan jambatan kabel TNB di Projek 275kV, Bayan Lepas yang runtuh kelmarin. (Gambar TNB)
GEORGE TOWN:
Jambatan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata kejadian berlaku di jambatan kabel nombor satu di kawasan syarikat Motorola, sebahagian daripada projek menghala ke syarikat Intel di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau berkata, TNB mengambil tindakan segera dengan menarik keluar kabel, membuka semula pepasangan kabel dan menambah cerucuk di tengah untuk menambah kekuatan jambatan kabel itu.

“Pihak projek grid TNB telah memaklumkan Intel masalah ini. Projek ini dijangka memulakan tugas semula pada akhir November 2024,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, beberapa gambar runtuhan itu tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.