
Abdullah menjelaskan kejadian itu hanya salah faham kerana beliau sebenarnya telah bersalaman dengan Mohamad lebih awal sebaik sahaja menteri itu keluar dari kereta ketika lawatan kerja di Kedah Isnin lalu.
“Ketika mengiringi Mohamad yang bersalaman dengan pegawai yang lain beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan saya.
“Oleh kerana saya telah bersalaman dengan Mohamad sebelum itu, saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan kejadian itu, Abdullah memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana tidak menyambut sekali lagi salam Mohamad.
“Saya dengan rendah diri mengakui kesilapan saya dan memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.
“Saya berharap penjelasan dan permohonan maaf saya diterima oleh semua pihak yang terasa dengan perbuatan saya,” katanya.
Sebelum ini tular satu video yang menunjukkan Abdullah seolah-olah enggan menyambut salam yang dihulur Mohamad ketika lawatan kerja menteri itu di Kedah.