
Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 336 kes tingkah laku cubaan untuk membunuh diri.
“Daripada 336 panggilan tingkah laku bunuh diri itu, 138 merancang bunuh diri dan 198 idea untuk membunuh diri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM).

Dzulkefly berkata, jumlah kes cubaan bunuh diri itu memerlukan bantuan segera supaya dapat dikenal pasti dan mengelakkan mereka melakukannya.
Talian HEAL 15555 iaitu talian bantuan krisis pertama dikendalikan sepenuhnya pegawai psikologi (kaunseling) mula beroperasi pada 21 Okt 2022 bagi membantu individu menghadapi masalah kesihatan mental mendapatkan bantuan awal.
Ia beroperasi bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum adalah antara inisiatif dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku bunuh diri.
Sementara itu, Dzulkefly berkata daripada jumlah panggilan diterima talian tersebut, 35,590 (59%) klien menerima bantuan sokongan dan emosi manakala 24,270 (41%) diberikan intervensi khusus.
“Sebab itu sangat mustahak pengurus tertinggi organisasi dan tempat kerja sama ada pengarahnya dan (pengurus) yang lain supaya mewujudkan suasana empati dan suasana kerja yang adil.
“Walaupun pimpinan mahu semuanya bekerja dengan hebat dan baik tetapi kita juga mesti tahu bahawa sebaik-baiknya adalah apabila kita dapat sokongan dan kerjasama daripada anak buah kita ketika mereka seronok untuk menjayakan apa dikatakan sebagai visi dan cita-cita organisasi, pemimpin mereka,” katanya.